Telah 110 hari Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas fitnah jahat yang dilontarkan ke atas beliau. Amnesty International telah mengisytiharkan bahawa beliau merupakan seorang tahanan politik sejak 17 Februari 2015, iaitu kira-kira 7 hari selepas beliau didapati bersalah dalam sebuah fitnah yang didalangi oleh musuh-musuh politik beliau.
Walaupun semangat juang beliau tidak pernah luntur, selama beberapa lama beliau di dalam penjara, dapat diperhatikan penurunan berat badan beliau secara mendadak. Kebimbangan kami meningkat apabila diberitahu yang keadaan kesihatan beliau semakin menurun dalam masa beberapa bulan yang lepas.
Semenjak beliau dipenjarakan, kami diberitahu beliau kehilangan berat badan kira-kira 6 kg yang sungguh membimbangkan sekiranya ini berterusan. Terdapat juga symptom kesan darah dalam sampel najis, yang memerlukan pemeriksaan perubatan secara lebih dekat.
Beliau juga direkodkan mempunyai tekanan darah yang tidak menentu, dan bacaannya setinggi 163/108 walaupun beliau sedang menjalani rawatan ubatan.
Beliau juga mempunyai kecederaan yang teruk di bahu kanan beliau (dalam sebuah kejadian kemalangan kecil setahun lepas), yang masih menyebabkan beliau dalam keadaan kesakitan. Kecederaan ini memerlukan pemeriksaan MRI, rawatan dan berkemungkinan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.
Kami mendapat maklumat bahawa Dato’ Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan kemasukan ke dalam hospital. Amat Dikesali sekali atas kelewatan kerajaan dalam memenuhi permintaan ini. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan MRI ke atas bahu beliau juga tidak diendahkan untuk beberapa minggu.
Kami dimaklumkan juga bahawa Dato’ Seri Anwar telah dilawati oleh doktor-doktor yang dihantar oleh Kementerian Kesihatan yang sedang memerhatikan keadaan beliau.
Bagaimanapun, kami dimaklumkan oleh peguam Dato’ Seri Anwar yang telah menemui beliau untuk tempoh dua hari yang lepas, yang beliau akan dimasukkan ke Hospital Kua