Sekumpulan pemimpin dan wakil rakyat pembangkang tampil meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri supaya bekerjasama meluluskan usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat.
Presiden Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu berkata, sudah sampai masanya Muhyiddin bersama ahli parlimen BN menyokong usaha menubuhkan kerajaan peralihan sekiranya mereka benar-benar cintakan negara ini.