7 cedera rusuhan di Low Yat, polis tahan 18 orang
Polis telah menahan seramai 18 orang termasuk seorang peniaga dan individu yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian telefon bimbit bagi membantu siasatan berhubung kes rusuhan di Plaza Low Yat, di Kuala Lumpur, malam semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa pada sidang akbar hari ini berkata, semua mereka yang ditahan berumur antara 16 hingga 40 tahun.