Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menafikan artikel yang diterbitkan dalam Asia Sentinel yang mendakwa beliau mahu yang menyingkirkan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh firma guaman Tetuan Noorhajran Mohd Noor, katanya, sindiran dan tuduhan berkenaan mempunyai niat untuk mencederakan reputasinya dalam kapasiti peribadi dan juga sebagai isteri kepada Perdana Menteri.