Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan berita akhbar Berita Harian hari ini yang melaporkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran supaya jangan menyokong usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebaliknya, kata beliau, Hadi secara khusus menyebut bahawa usul undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi dan PAS akan menelitinya.