Lebih dari 500 termasuk seorang warga Malaysia cedera akibat peristiwa ledakan dan kebakaran ketika sambutan ‘Color Play Asia’ di Taman Tema Air Formosa, Taiwan.
Mangsa dikenali sebagai Lim Sh Li, pelajar perubatan di National Taiwan University yang
mengalami kecederaan kebakaran tahap kedua iaitu melecur 54 peratus di lengan dan kakinya. kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Ren Ai di Taipei City, bagi menerima rawatan lanjut.