Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa memberi tempoh tujuh hari kepada anak syarikatnya MARA Inc untuk menjawab berhubung dakwaan skandal pembelian hartanah di Melbourne, Australia seperti yang dilapor media negara itu.
Beliau juga berkata MARA akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti pembelian blok apartment Dudley International House yang dijadikan asrama pelajar tajaan agensi kerajaan itu sepertimana yang dilapor akhbar The Age.