Presiden NGO pendesak Melayu (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali percaya PAS akan menang besar pada pilihan raya umum ke-14 jika parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.
Beliau melihat, PAS akan dapat merampas sokongan undi penyokong Umno kerana parti lawan itu tidak lagi memenangi hati orang Melayu terutamanya dari segi ekonomi serta pendidikan.