Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd atau TNB Datuk Seri Azman Mohd hari ini mempertahankan tindakan pengambilalihan projek loji tenaga 3B 1MDB dengan mendakwa ia bukan suatu tindakan menyelamat.
Menerusi satu kenyataan media, katanya, 3B adalah projek loji tenaga baru, dengan prospektif yang baik dan akan menambah kapasiti penjanaan 2,000 MW apabila projek itu siap kelak.