Ahli Parlimen Indera Mahkota Fauzi Abdul Rahman membidas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan kerana mendakwa nilai matawang negara, ringgit jatuh dengan teruk kerana Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Secara sinis katanya, jika benar kenyataan berkenaan, Ahmad seharusnya berjumpa dengan Mahathir dan meminta bekas perdana menteri itu supaya memuji Najib agar nilai ringgit dapat ditingkatkan semula.