Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui blog bahawa adalah tidak sesuai bagi dirinya berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri itu menjelaskan beliau hanya ingin bertanyakan beberapa soalan sahaja.
Katanya, sebagai seorang daripada anggota badan bukan kerajaan (NGO),, beliau juga berhak mengajukan soalan pada majlis 'nothing to hide' yang tidak dihadiri oleh Najib.