Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memaklumkan kepada Dewan Rakyat kerajaan berjaya mengutip RM1.7 bilion melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas barangan import bermula 1 April sehingga 10 Mei lalu.
Bagaimanapun, katanya kerajaan belum memperolehi data GST berhubung perbelanjaan domestik.