Tiada sesiapa yang berbohong dalam isu peletakan jawatan speaker Dewan Rakyat, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada sidang media di kediaman rasminya hari ini.
Menurutnya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berbohong, begitu juga dengan dirinya kerana surat perletakan jawatannya tidak dibuka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir semalam mengeluh Pandikar memalukan dirinya dengan menafikan kenyataannya bahawa beliau menyatakan hasrat untuk berundur ketika mereka bertemu.