Penjelasan bahawa jet kerajaan diperlukan demi keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diterima, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menulis di blognya semalam, bekas perdana menteri itu membangkitkan soalan sama ada kerajaan sekarang tidak lagi mementingkan keselamatan rakyatnya.