Penduduk di sebuah kawasan di barat laut Colombia dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh awal pagi Isnin lalu yang setakat ini telah mengorbankan 52 orang manakala 37 lagi cedera.
Tanah runtuh itui dilaporkan berlaku kira kira jam 3 pagi. Ia memusnahkan semua rumah, bangunan dan pokok dilaluannya. Ini mengakibatkan kawasan terjejas diselaputi tanah selut tebal dan para penduduk dilihat bertungkus lumus mengaut tanah cuba menyelamatkan apa yang termampu.