Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohammed Morsi dan ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi.
Kedua-dua mereka didapati bersalah melakukan rusuhan di penjara pada 2011 bagi menentang Presiden Hosni Mubarak.
Morsi adalah seorang daripada 100 anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah.
Beliau mendengar keputusan itu di kandang pesalah, manakala sebahagian besar tertuduh yang lain tidak hadir, termasuk Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar.