Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang mengesahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu bulan depan.
Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS berkata beliau menawarkan diri untuk memperkukuhkan parti.