Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil enggan menjawab soalan berhubung kemelut syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggapnya membosankan.
Sebaliknya, beliau yang ditemui pada program merawat jangkitan
Hepatitis C di Royale Chulan Damansara, Mutiara Damansara meminta wartawan Kinitv, Elaine Tiu supaya menjalani ujian darah.