Mat Sabu nasihat Najib, jangan undur tapi bubar Parlimen

KiniTV 2015-08-04

Views 10

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyokong pendirian presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Datuk Seri Najib Razak terus berkhidmat sebagai sebagai perdana menteri dan tidak tunduk kepada sebarang tekanan.

Bagaimanapun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Najib sepatutnya membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan demi mendapatkan mandat baru.

Katanya, meletakkan jawatan menampakkan Najib melarikan diri daripada tanggungjawab sedangkan beliau perlu berdepan sendiri dengan rakyat bagi merungkai sebarang isu yang timbul.

Share This Video


Download

  
Report form