Penggunaan slogan "Kita Lawan" begitu efektif sehingga ia kini digunakan oleh pemimpin Umno, kata sekretariat pergerakan itu, Akmal Nasir.
Bercakap pada forum "Black 14 Reformasi ke #KitaLawan", Akmal berkata, penggunaan #KitaLawan lahir selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun berhubung kes Liwat II.
Bagaimanapun, katanya, slogan yang sering digunakan oleh gerakan itu ketika mengadakan demonstrasi kini ditiru oleh Pemuda Umno semasa mengadakan pertemuan bersama presidennya Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu.