Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menjangkakan bahawa PAS akan kalah teruk pada pilihan raya umum ke-14 jika terus berkeras untuk melaksanakan hudud.
Dalam kenytaaan medianya, Lim berkata, PAS hanya akan menjadi saki baki di beberapa negeri di utara, dan menghadapi kemungkinan tumbang di kubu kuatnya, Kelantan.
Menurutnya, semua parti dalam Pakatan Rakyat akan terjejas jika gabungan komponen berkenaan berpecah, namun PAS akan menganggung kerugian paling teruk.