Ulama PAS ingatkan DAP: Jangan tusuk jarum racun

KiniTV 2015-08-06

Views 5

Dewan Ulama PAS hari ini memberi amaran kepada DAP supaya jangan cuba menusuk jarum beracun bagi memecah-belah kesatuan PAS menerusi kaedah "pecah dan perintah".

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamed, dalam satu kenyataan berkata DAP cuba berbuat demikian apabila memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi bukan dengan parti Islam itu.

Katanya, dengan memutuskan hubungan itu, pimpinan DAP usah bermimpi ahli PAS akan menggugurkan hasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam.

Share This Video


Download

  
Report form