Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Aziz hari ini menempelak DAP yang mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu mencabar DAP supaya meninggalkan Pakatan jika menganggap pembentangan Kanun Jenyaha Syariah II Kelantan sebagai punca perpecahan.