Kecewa dan tidak berpuas hati dengan sikap Tan Sri Khalid Abu Bakar yang didakwa bersikap tidak adil dan tidak profesional, penganjur himpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu mahu menganjurkan kempen memecat ketua polis negara itu pula.
Sehubungan itu, kata ADUN Teja Chang Lih Kang, satu protes di dataran Merdeka yang mengambil masa seminggu mulai 21 hingga 28 Mac tanpa henti akan diadakan.