Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin percaya pihak yang berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berubah sikap atau meletak jawatan pasti akan kecewa.
Dalam blognya, beliau berkata, Najib tidak mudah berubah kerana dikawal dan terhutang budi dengan banyak pihak.
Menurut Kadir, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib hanya boleh dipaksa untuk berundur dengan isu tertentu.