Berita penangkapan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam menjadi tajuk utama di seluruh dunia.
Setakat 11 malam semalam, berita tersebut disiarkan di Asahi Shimbun di Jepun, BBC di United Kingdom, New York Times di Amerika Syarikat, Sydney Morning Herald di Australia, The Hindu di India, Bangkok Post di Thailand dan Manila Times di Filipina.
Turut memberi perhatian terhadap penangkapan anak sulung Datuk seri anwar Ibrahim itu adalah akhbar kewangan antarabangsa seperti Financial Times yang berpejabat di United Kingdom Wall Street Journal yang berpejabat di Amerika.