Vanuatu memberi amaran bahawa kepulauan di Pasifik itu bakal berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan selepas dibadai teruk oleh taufan Super Cyclone Pam yang menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh.
Selain itu, menurut Presiden Baldwin Lonsdale, perubahan iklim adalah faktor utama kepada kemusnahan di mana di ibu negara Port Vila sahaja enam orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.