Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed mengumumkan fasa pertama projek 1Bestari Net adalah satu kegagalan tetapi kerajaan memberikan lampu hijau supaya ia diteruskan.
Projek 1Bestari Net diserahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd melalui tender terbuka bernilai RM 4.077 bilion dan merangkumi tiga fasa yang sepanjang 15 tahun bermula 2011.