Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini ditangkap mengikut Akta Hasutan.
Beliau sebelum itu hadir di Balai Polis Dang Wangi bagi memberi kenyataan berhubung himpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.
Dalam tweetnya, beliau memaklumkan bahawa dirinya ditahan mengikut arahan dari Penolong Pengarah D5, Bukit Aman.