Kumpulan militan Negara Islam (IS) menyiarkan empat keping gambar ngeri yang menunjukkan seorang remaja lelaki yang berusia tidak lebih 16 tahun dipotong bahagian pergelangan tangan kanannya.
Semuanya kerana atas dakwaan mencuri.
Gambar pertama dipercayai dirakamkan di bandar Raqqa, Syria yang dijadikan sebagai ibu negara kumpulan militan itu.
Upacara memotong tangan itu dijalankan di sebuah dataran awam, sambil disaksikan berpuluh-puluh penduduk.
Gambar kedua pula memaparkan seorang lelaki berjanggut sedang membacakan kesalahan yang didakwa dilakukan mangsa.