Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan “barua” yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.
Katanya, setahu dirinya tidak ada barua dalam PAS tetapi oleh kerana Nik Abduh membuat dakwaan itu, maka beliau perlu membuktikan bahawa kenyataannya adalah betul.