Mahfuz: Sirul minta kasut jogging dari Malaysia

KiniTV 2015-08-07

Views 15

Rombongan PAS yang membawa Piah Samad, ibu kepada bekas komando polis Koperal Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, ke Australia untuk menemui anaknya, malam tadi turut membawa sepasang kasut.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, kasut jogging bersaiz lapan itu adalah permintaan Sirul Azhar yang kini berada dalam tahanan di Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney.

Malam tadi, ibu Sirul, Piah Samad bersama anak perempuannya Noriatin Umar bertolak ke Australia.

Share This Video


Download

  
Report form