Pemuda DAP hari ini meluahkan sokongan terbuka kepada himpunan #Kitalawan yang menuntut keadilan untuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong meminta pihak berkuasa supaya memberikan kerjasama agar perhimpunan dapat diadakan secara aman dan lancar