Kumpulan NGO pro-PKR, Jingga 13 mencadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya merujuk kepada resolusi klinik hukuman syarak dan guaman syarie berhubung kenyataannya bahawa pihak yang ingin membuat tuduhan jenayah qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah dalam kes liwat II mengkaji enakmen berkaitan terlebih dahulu.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata sebagai menteri yang menjaga hal ehwal Islam, kenyataan Jamil Khir seolah-olah cuba mengecilkan skop serta peranan mahkamah syariah.