Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak semakan kehakiman Mejar Zaidi Ahmad yang memohon perisytiharaan membubarkan panel mahkamah tentera kerana mendakwa ia berat sebelah.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad dalam menolak permohonan itu berkata kes berkenaan hanya bersifat akademik sekarang ini.