Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad mengajak pengundi menjadikan Permatang Pauh sebagai medan untuk membuktikan rakyat menolak kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tempat lonjakan bagi Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14.
Katanya, calon Pakatan bagi kerusi itu akan diserahkan kepada PKR dan PAS akan turun berkempen 100 peratus bagi memastikan ia kekal milik mereka.