Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memutuskan MIC perlu mengadakan semula pemilihan bagi semua jawatan daripada peringkat presiden hingga cawangan parti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemilihan semula itu adalah bagi memastikan isu pertikaian dalaman MIC dapat diselesaikan secara menyeluruh.