Bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat kerana memberi kenyataan media berhubung dakwat kekal mempunyai pesanan penting kepada anggota keselamatan.
Pada forum 'Padah kerana benar, Bebas kerana salah' anjuran BERSIH2.0 di ibu negara malam semalam, katanya mereka kini tidak perlu lagi takut untuk membuat laporan polis jika merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perjalanan pilihan raya.
Namun pesannya juga, janganlah bercakap kepada media dan .meminta media pula janganlah bertanyakan soalan.