Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak dapat mendedahkan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh Paul Phua kepada kerajaan kerana ia membabitkan rahsia besar negara.
Malah, katanya, maklumat-maklumat rasmi kerajaan itu turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972.