Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkhidmatan ‘teksi’ Uber.
Menurut timbalan pengerusinya, Kamarudin Mohd Hussain, laporan itu bertujuan menguatkan lagi desakan terhadap pihak berkuasa untuk bertindakke atas pihak yang mendalangi perkhidmatan berkenaan.
Uber adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar. Ia ditubuhkan pada 2009 dan menawarkan perkhidmatan di lebih 200 bandar raya di seluruh dunia.