Penggunaan arang bagi proses pembakaran besi di Eastern Steel, Teluk Kalong, Kemaman akan mengundang kepada pencemaran alam, berbanding penggunaan gas.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah, berkata keadaan itu hanya akan mengundang mala petaka lebih besar pada peringkat pemerosesan di kilang besi di Teluk Kalong yang akan beroperasi tidak lama lagi.