Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsudin Lias menasihatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik diri daripada menjadi penasihat ekonomi Selangor.
Katanya, Anwar perlu berundur memandangkan pelbagai kemelut dan krisis yang berlaku sebelum ini dicetuskan oleh dirinya yang mahu memecat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.