Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berpendapat tidak ada keperluan mendesak bagi Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai dua timbalan speaker seperti yang dituntut oleh DAP.
Katanya, ini kerana jumlah tempoh persidangan tidak panjang dan jika dibenarkan, ini akan menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa pemimpin hanya inginkan jawatan.