Sukarelawan Islam bergotong royong membersihkan Masjid Besar di Kano Nigeria selepas sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh, manakala 270 lagi cedera akibat diserang dan diletupkan oleh dua orang pengebom berani mati minggu lalu.
Serangan di bandar raya yang majoriti penduduknya adalah penganut agama Islam itu, dilancarkan semasa jemaah memulakan solat Jumaat.
Masjid berkenaan bersambung dengan kediaman seorang ulama Islam paling disegani Nigeria iaitu Muhammad Sanusi II yang minggu lalu menggesa orang awam supaya bersatu untuk memerangi kumpulan militan Boko Haram.