Bekas anggota Majlis Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang hari ini menarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Menurut peguam Phang, Sankara Nair, ia berikutan persetujuan Musa untuk memohon maaf dan menarik balik kata-katanya semasa satu sidang akhbar Mywatch, Dìsember 2012 yang dikatakan mencemar reputsai anak guamnya.