Saari Sungib (PAS - Hulu Kelang) mengingatkan Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali agar tidak menjadikan kerajaan negeri Selangor sebagai miliknya seperti apa yang dilakukan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, beliau berharap pendekatan 'terjah' Azmin bukan semata-mata untuk tujuan politik tetapi mahu berkhidmat kepada rakyat.