Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini mendedahkan sekurang-kurangnya 30 buah syarikat mengalami kerugian jutaan ringgit sehari memetik laporan daripada lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida)
Ini akibat daripada krisis air dan penjadualan semula air di negeri Selangor yang berlaku sejak Mac hingga Mei lalu. Satu daripadanya ialah syarikat pengilang makanan Nestle, yang kerugian RM15 juta setiap hari sepanjang krisis dua bulan itu, kata Timbalan Menteri Datuk Seri Mahdzir Khalid