Selepas solat Maghrib bersama penyokongnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berucap di luar Istana Kehakiman di Putrajaya pada hari ketujuh perbicaraan kes liwat II yang dihadapinya.
Sambil menceritakan apa yang berlaku semasa perbicaraan hari ini, beliau juga memberi penghargaan kepada penyokongnya yang berhujan dan berpanas menemannya ke mahkamah.