Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa perkahwinan sementara individu bukan Islam dengan 'China doll' adalah antara punca anak-anak yang dilahirkan sukar diberi taraf warganegara.
Selain itu, katanya, perkahwinan pasangan Islam di luar negara pula yang tidak didaftarkan selepas kembali ke negara ini juga menyumbang kepada isu berkenaan.