Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa jumlah masyarakat Cina yang menyertai angkatan tentera darat adalah tidak lebih empat peratus.
Katanya, daripada jumlah 7,277 pegawai, hanya 110 adalah berbangsa Cina manakala bagi pangkat lain yang berjumlah 81,473 orang hanya 163 adalah berbangsa Cina.